MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jangan Balas Hinaan Dengan Hinaan

 


Jangan Balas Hinaan Dengan Hinaan 

Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang mencacimu dengan sesuatu yang dia ketahui tentang dirimu, maka janganlah engkau mencacinya dengan sesuatu yang engkau ketahui mengenai dirinya. Sesungguhnya pahalanya untukmu dan akibat buruknya akan kembali kepada orang yang mengatakannya.” 


Apabila kita dihina atau dikritik, jangan balas dengan perkara yang sama. Sebaliknya, tenanglah kerana ia merupakan contoh akhlak yang mulia yang diajar oleh Nabi SAW. Di media sosial, mudah sekali kita terpengaruh dengan kata-kata kesat atau provokasi. Jangan cepat balas dan bertenanglah, biarkan mereka dengan kata-kata mereka, kerana kita yang sabar, kita yang dapat pahala. 

Ingatlah, setiap kali kita balas keburukan dengan kebaikan, Allah SWT menjanjikan ganjaran yang besar. Pahala untuk kita, bukan untuk mereka. 


Kredit: JAKIM

Post a Comment

0 Comments