Berkata Baik atau Diam / Berfikir sebelum Berkata - Kata
Daripada Abdullah bin Mas'ud RA berkata: Jangan kamu bercakap dengan sesuatu perkataan yang esoknya kamu akan menyesal kelak.
(Ibn Majah: 3381. Hasan)
Saidina Umar Al-Khattab berkata;
"Aku tidak pernah sekalipun menyesali diamku. Tetapi aku berkali-kali menyesali bicaraku."
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam...”
(HR Bukhari [6475] dan Muslim [47])
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Rasulullah, terangkan kepadaku tentang amal yang mewajibkanku masuk syurga dan menjauhkanku dari api neraka?" Lalu Baginda bersabda: "Pangkal segala perkara adalah mendirikan solat lima waktu dan puncak kepada segala kebaikan adalah jihad." Kemudian Rasulullah SAW bertanya kepada Muadz: "Tahukah kamu apa kunci yang membuka semuanya?" Dan Baginda bersabda, "Jagalah ini (lidah dan mulut)." Muadz bertanya lagi: "Ya Rasul, adakah tuntutan kepada semua perkataanku?" Rasulullah bersabda, "Celakalah kau, ketahuilah kebanyakan manusia terjerumus ke dalam neraka akibat perkataan yang keluar dari lidahnya."
(Riwayat Ahmad)
Diam adalah lebih baik daripada berkata-kata perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Berkata-katalah/bercakaplah dengan baik dan berhikmah.
Gambar: Pinterest
0 Comments