Apa itu sunnah?
ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير أو صفة خُلُقية أو خَلقية
Maksudnya; “Apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi SAW dariapda jenis perkataan, perbuatan, iqrar (persetujuan) dan sifat, sama ada berbentuk akhlaq ataupun fizikal. “
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan tersesat selamanya, selama berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu kita bullah dan sunah Nabi-Nya.”
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".
0 Comments