Senyum Sunnah Yang Mudah Diamalkan
1. Antara amalan sunnah yang mudah dilakukan ialah senyum atau berwajah ceria di hadapan saudara kita . Rasulullah bersabda dalam Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban:
تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
“Senyumanmu di hadapan wajah saudaramu adalah sedekah'
2. Hendak melakukan amalan soleh bukanlah sesuatu yang susah. Ia perkara yang amat mudah. Dengan memberikan senyuman ataupun berwajah manis di hadapan saudara kita sahaja telah mendapat pahala melakukan sunnah. Rasulullah bersabda:
لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْق
“Janganlah engkau meremehkan kebaikan sekecil apapun, walaupun engkau bertemu saudaramu dengan berwajah ceria/senyum.” (HR. Muslim no. 2626).
3. Amalkanlah sunnah Rasulullah pada akhir zaman ini . Dengan mengikut Al Quran dan sunnah baginda, kita akan selamat. Rasulullah bersabda dalam Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud:
فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين ، وعُضُّوا عليها بالنواجِذ
'Berpegang lah dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar rashidin al mahdiyyin, gigitlah ia (sunnah) dengan gigi geraham'
Semoga diberi kekuatan untuk mengamalkan al quran dan sunnah Rasulullah
0 Comments