MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

 



Sabda Nabi SAW:


إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِيهِ، فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ


Maksudnya: Sesungguhnya antara hari yang paling baik ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.

(Riwayat Abu Daud 1047)



Hadis daripada Saidina Abu Darda’

من صلى علي حين يصبح عشرا، وحين يمسي عشرا؛ أدركته شفاعتي يوم القيامة


“Sesiapa yang berselawat kepadaku ketika waktu pagi sebanyak 10 kali dan ketika waktu petang 10 kali, syafaatku mendapatkannya pada hari kiamat”

(HR Imam At-Tabrani)



Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا


Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” 

[Riwayat Muslim (384)]


Perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mendapat syafaat daripada Baginda SAW di akhirat kelak.


Gambar: Pinterest 


Perbanyakkan Selawat

Post a Comment

0 Comments