CARA BERDOA YANG BAIK
1. Berdoa pada waktu-waktu yang utama seperti berdoa pada hari Arafah, hari Jumaat, hari-hari di bulan Ramadhan, serta waktu sepertiga malam terakhir selepas solat malam dan lain-lain, adalah waktu yang mendapat keutamaan, sebagaimana banyak disebut dalilnya dalam hadith2 Nabi saw.
2. Berdoa di keadaan-keadaan yang diutamakan seperti ketika turun hujan, sebelum dan setelah solat fardhu di masjid, masa iqamat, di antara dua khutbah Jumaat atau ketika sujud.
3. Berdoa mengadap kiblat, mengangkat ke dua tapak tangan, kemudian menyapu muka setelah berdoa. Dalam hadith disebutkan riwayat Abdullah bin Abbas , bahawa ketika berdoa Nabi saw mendongak ke langit, lalu mengangkat ke dua tapak tangan sampai lipatan ketiak baginda terangkat.
4. Sederhanakan suara tidak terlampau keras atau hanya dalam hati. Membaca doa dengan lisan ini menambah kemuliaan dan kebaikan lisan kita.
5. Tidak hanya menumpukan pada keindahan bahasa dan sajak dalam berdoa. Berdoa dengan doa yang mudah dan lumrah diamalkan baik daripada terlalu bingung denga keindahan bahasa doa tetapi mengabaikan isinya. Dianjurkan menggunakan doa-doa yang lebih mudah dihafal.
6. Merendahkan hati, bersikap tenang, disertai dengan rasa mengagungkan Allah disertai pengharapan kepada-Nya.
7. Hendaknya doa diamalkan sebagai kebiasaan, dan meyakini akan diperkenan oleh Allah.
8. Bersikap dengan sungguh-sungguh dalam meminta, jika perlu mengulangnya tiga kali.
9. Memulakan doa dengan menyebut nama Allah, baik dengan zikir dilanjutkan syukur kepada Allah, kemudian berselawat ke atas Nabi saw.
10. Selalu bertaubat, menjauhi kezaliman dan haram, serta menerima kehadiran Allah dengan bersih hati. Hal ini adalah kunci bagi mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah dan menjadi hal yang utama dalam makbulnya sebuah doa.
Syeikh Muhammad bin Alwi Al-Maliki dari kitab Abwabul Faroj.
@kitabdoa 📚📚📚
0 Comments