Biodata
Nama: Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Nama Gelaran: Bonda Prof Muhaya
Tahun Kelahiran: 1 Disember 1958
Tempat Lahir: Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Datuk Prof. Dr. Muhaya merupakan pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara yang menjalankan prosedur lasik dengan mesin Vismax Femtosecond. Ia antara kaedah termoden dengan penghasilan ‘flap cornea’ dengan VisuMax tanpa menggunakan pisau sepenuhnya
Pendidikan
1999: Doctor of Philosophy (PhD) dalam bidang Ocular Immunology daripada Universiti London, United Kingdom (UK)
1998: Fellowship in Uveitis (Moorfields Eye Hospital, U.K)
1993: Ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) Edinburgh.
1992: Ijazah Sarjana Perubatan National University of Singapore (NUS)
1986 - 1991: Ijazah Sarjana Surgeri Oftalmologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
1980 – 1985: Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Malaysian Certificate of Education (MCE)
Lower Certificate of Education (LCE)
Perkhawinan
Datuk Profesor Dr. Muhaya Mohamad mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Dr. Azmi Jamion dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu:
- Dr. Noor Aniah (doktor optalmologi)
- Dr. Noor Atiyah (doktor perubatan)
Kerjaya
Pengasas IKONIK Eye Specialist & General Health Centre
2014 - Kini: Pengarah Prof Muhaya Eye & LASIK Centre (dimiliki sendiri oleh Prof. Dr. Muhaya
2007 – 2014: Pakar Perunding Mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur
1999 – 2004: Ketua Jabatan Oftalmologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pakar Inspirasi dan kolumnis majalah
Profesor Oftalmologi Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS)
Ahli Majlis/Jawatankuasa /Institusi/Pertubuhan
2005 – 2010: Pengerusi Persatuan Oftalmologi Persatuan Perubatan Malaysia
2003 – 2005: Pengerusi Jawatankuasa Saintifik – mesyuarat Akademi Oftalmologi Asia Pasifik ke-20 di Kuala Lumpur, Mac 2005
1999 – 2002: Ahli Jawatankuasa Persatuan Oftalmologi Persatuan Perubatan Malaysia
Rancangan Televesyen/Radio/Facebook
Prof. Muhaya Circle (PMC) - Instagram
Facebook Live yang dikenali sebagai Telekung Talk (bersama – sama selebriti terkenal tanah air)
Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Obesiti – Prof Dr Muhaya
Refleksi Bersama Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Celik Hati Prof Dr Muhaya
Tanyalah Ustazah
Halaqah
Buku
Bahagia dan Membahagiakan
Celik Mata Reset Minda
Peliharalah Matamu
Augerah Pencapaian/Pendidikan
2015: Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan Selangor
2010: Tokoh Ilmuwan Selangor
2005: Hadiah Perkhidmatan Unggul Istimewa (Special Distinguished Service Award) daripada Akademi Oftalmologi Asia Pasifik
Anugerah Tun Seri Rahah
Pelajar Terbaik Oftalmologi
Anugerah Kebesaran
2016: Pingat Jasa Negara (PJN)
Kredit: Internet
0 Comments