Biodata
Nama: Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Tarikh lahir: 8 Mei 1987
Tempat Kelahiran: Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan (dan dibesarkan di Selangor)
Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal ahli politik dan beliau juga aktif menulis tentang pelbagai bidang termasuk perniagaan dan geopolitik dalam beberapa penerbitan seperti New Straits Times, The Star, Global Research, Asia Times and The Edge.
Pendidikan
23 Januari 2019: Sarjana Sastera Geopolitik (Keselamatan Wilayah), King's College London
Pusat Pengajian Lanjutan Mengenai Islam Raja Zarith Sofiah, Sains dan Tamadun (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia
Kursus teologi dan metafizik Islam, falsafah, etika dan sejarah di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Alam Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Sekolah Menengah Sains Selangor
Sekolah Kebangsaan Taman Melawati
Perkhawinan
Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Dr. Siti Nuhara Riduan.
Kerjaya
1 April 2010: Eksekutif Kanan bagi Unit Peraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan antara individu yang bertanggungjawab menubuhkan Yayasan Pemandu Pendidikan Bumiputera (PENERAJU) di bawah Jabatan Perdana Menteri
Eksekutif Perniagaan dan Perancangan Strategik, Bahagian Teknologi & Kejuruteraan, PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad)
Felo Penyelidik di Putra Business School, Universiti Putra Malaysia. (UPM)
Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Politik
November 2022 – Kini: Ahli Parlimen Machang, Kelantan
30 Ogos 2021 – November 2022: Timbalan Menteri Perpaduan Nasional
2020: Timbalan Ketua Pemuda II Perikatan Nasional
16 Ogos 2020: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) iaitu sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Ketua Bahagian BERSATU Titiwangsa, Kuala Lumpur
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021: Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Mac 2020 – November 2022: Senator (Ahli Dewan Negara Malaysia)
2018 – 2020: Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Kredit: Wikipedia & Wikiwand
Gambar: @wanfayhsal
0 Comments