MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang



Biodata

Nama: Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang

Nama Panggilan Mesra: Ayah Cik

Tarikh Lahir: 20 Oktober 1947

Tempat Lahir: Kampung Rusila, Marang, Terengganu

Adik Beradik : Anak ke-5 daripada 9 orang adik-beradik

 

Pendidikan

1974 – 1976: Ijazah Sarjana Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik), Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

1969-1973: Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Islam Madinah Arab Saudi

1965 – 1968: Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Sekolah Agama Marang, Terengganu

Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, Terengganu

 

Perkahwinan

Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu To' Puan Seri Hajah Zainab binti Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang cahaya mata iaitu 11 orang daripada isteri pertama dan 3 orang daripada isteri kedua.

 

Kerjaya

1978: Tenaga Pengajar Maahad Al-Ikhwan (Institut Berakan), sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh beberapa anak muda PAS di Mengadang Akar, Kuala Terengganu.

 

Politik

September 2021 hingga Oktober 2022: Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri dalam Kabinet Malaysia 2021

2 April 2020: Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri dalam Kabinet Malaysia 2020

2013 - 2018: ADUN Rhu Rendang

2008 - Kini (2023): Ahli Parlimen Marang

2005: Presiden PAS

2003 – 2004: Ketua Pembangkang PAS

2003: Memangku jawatan Presiden PAS

November 1999 – Mac 2004: Menteri Besar Terengganu dan memegang portfolio Jawatankuasa Tanah, Galian dan Perhutanan, Kewangan dan Pelaburan

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

1990 – 1999: Ahli Parlimen Marang

1989: Timbalan Presiden PAS

1986: ADUN Rhu Rendang (nama baru bagi DUN Marang selepas persempadanan semula)

1983: Naib Presiden PAS

1982: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marang

1978: pemangku Naib Yang Dipertua PAS Pusat

1977: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

1976: Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

1976: Ketua Pemuda PAS Terengganu

1964: Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang.

 

Ahli Majlis/Jawatankuasa Keagamaan/Ekonomi

1977 -1978:  Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu

1977 – 1978: Pegawai Yayasan Islam Terengganu

 

Ahli Majlis/Jawatankuasa Pendidikan/Pelajaran Sekolah/Kolej/Universiti/Institusi

Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah.

Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.

 

Ahli Majlis/Jawatankuasa Luar Negara

Ahli Lembaga Pemegang Amanah al-Majma' al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam), berpusat di Tehran, Iran

22 Ogos 2014 - 5 November 2018: Dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa,

2010 - Menjadi Ketua Perunding Perdamaian Krisis Perang di Yaman

Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

1994: Ahli Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Islam Antarabangsa yang berpusat di Istanbul, Turki.

1990: Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin, berpusat di Amman, Jordan.

Ahli Jawatankuasa Sekretariat Islam Antarabangsa bagi Mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.

 

Anugerah Ketokohan

1 September 2019: Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 1441H

15 Jun 2019: Tokoh Perpaduan Ummah oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia

13 April 2019: Tokoh Mursyid Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 6.0

16 Mei 2015: Tokoh Murabbi Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan

26 September 2014: Ikon Tani Terengganu 2014 dalam Karnival Petani, Penternak dan Nelayan Terengganu 2014

15 April 2011: Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand

 

Anugerah

2021:  Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri

2001: Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) – Dato' Seri

 

Sumber/Kredit: Wikipedia

 

Post a Comment

0 Comments