MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jangan Pernah Berhenti Menjadi Orang Baik

 


Bila kita mula nak jadi baik.....

Allah akan hantarkan ujian untuk menguji kesabaran , kekuatan dan ketabahan kita..


Banyakkan bertenang..


Allah sedang alihkan perhatian lebih buat kita..


Ingat...

Manusia kalau sayang dia puji.

Allah kalau sayang Dia uji...

Nak jadi baik....


Bukan mudah....😌


Kena tabahkan hati supaya selalu KUAT dalam berperang dengan kejahatan yang menghantui.....


Selalu Kena cari kebaikan....

Kena dekati kebaikan.....

In shaa Allah, lama-lama jadi lebih baik dan bertambah baik......


Usahalah !


walau susah.....

walau sakit....

walau perit....


Percaya Janji Allah...


nak berubah? tak perlu dengar apa kata manusia.. .😉


nak berubah? tak perlu dengar cacian manusia....😊


nak berubah? tak perlu ambil peduli dengan bicara manusia yang mnyakitkan hati....😇


kerana apa tak perlu ? 🤷🏻‍♀ kerana kita berubah,bukan kerana manusia Tpi kita nak berubah kerana Allah...hanya Allah shja yang dapat menilai baik buruk kita semua... 🙂


Kita manusia sentiasa merancang yang terbaik di hari-hari dalam hidup kita tapi tak semua apa yang kita rancang berjalan seperti yang kita inginkan.


Kita tak pernah rancang untuk untuk bersedih, kecewa dan derita.


Kadang-kadang bila kita berusaha keras, kita dapat apa yang kita harapkan tapi seringkali apa yang kita mahu dan apa yang kita dapat berbeza dengan apa yang kita inginkan..


Kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan....


Kadang-kadang agak susah untuk kita fahami apa yang ALLAH rancangkan untuk kita...


Apatah lagi segala ketentuanNya itu tak sama atau berbeza dengan apa yang kita mahukan.


JOM usaha jadi orang BAIK-BAIK ......


Jangan TAKUT untuk berubah ke arah KEBAIKAN....


Kadang kala bila kita nak berubah menjadi baik banyak persoalan yang akan tiba tiba menujah dalam fikiran kan..?...


Inilah Soalan selalu datang tatkala kita nak menjadi baik...😊


KENAPA ORANG BAIK SERING DI SAKITI?....

Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.


KENAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?

Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tak ada sedikit pun prasangka bahawa orang yg ia pandang penyayang mampu mengkhianatinya.


KENAPA ORANG BAIK SERING DI DUSTA? 

Kerana orang baik tak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, walaupun bukan dia yang memulakan perkara.


KENAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?

Kerana orang baik tak ingin membahagikan kesedihannya. Ia terbiasa merawat sendiri lukanya, & percaya bahawa suatu masa Allah SWT akan menggantikannya dengan kesabaran.


KENAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI YANG MELUKAKANNYA?

Kerana orang baik selalu memandang bahawa di atas semua, Allah-lah hakikatnya. Jika Allah memimpin mereka, bagaimana ia akan berhujah kepada kehendak-NYA itu sebabnya orang baik tak mempunyai peti dendam dalam kalbunya. Jika kau buka laci-laci di hatinya, akan kau dapati hanya Cinta kepada rabb-nya yang hanya dia dimiliki ❤....


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kau menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."


-Surah Al Baqarah : 216


@islamitu_indah

Post a Comment

0 Comments