4 AMALAN RINGKAS YANG MEMBAWA KE SYURGA
1. Sebarkan salam. Ucapkanlah salam kepada sesiapa sahaja saudara muslim yang dikenali atau tidak. Salam adalah doa yang indah dan bermakna, serta membawa rahmat dari Allah.
2. Menyambung silaturrahim. Jalinkan hubungan baik dengan semua orang dengan rasa penuh kasih sayang kerana Allah taala. Menyambung silaturrahim juga meluaskan rezeki insyaAllah.
3. Memberi sedekah makanan. Memberi makan kepada orang lain adalah perbuatan yang amat mulia. Selalulah belanja ahli keluarga, kawan2, jiran2 makan, serta hulurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.
4. Solat malam. Ibadah ini adalah tingkatan tertinggi bagi mukmin kerana ia amat sukar dilakukan secara istiqamah. Ganjaran solat malam sangat hebat hingga Allah juga turun di langit bumi untuk mendengar & mengabulkan doa2 mereka yang solat malam. MasyaAllah.
Dalil amalan2 hebat ini adalah hadis sahih berikut:
Dari ‘Abdullah bin Salâm, dia berkata: “Ketika Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju baginda ﷺ (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasulullah ﷺ telah datang. Lalu aku mendatanginya di tengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya.
Ketika aku melihat wajah Rasulullah ﷺ, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali baginda ucapkan adalah:
"Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kalian akan MASUK SYURGA DENGAN SELAMAT."
(HR Tirmizi. Hasan sahih)
@islamitu_indah
0 Comments