Bersalaman di atas tujuan bersilaturrahim kerana Allah SWT merupakan satu kemuliaan dan dijanjikan pengampunan dosa oleh Baginda SAW.
Diriwayatkan oleh al-Bara’ bin Azib, sabda Nabi SAW:
مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
Maksudnya: “Tidaklah dua orang Muslim itu bertemu lalu mereka bersalaman melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.”
[Riwayat Abu Daud (5212) dan al-Tirmizi (2727)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]
0 Comments