Malaikat Hafazah
Firman Allah SWT:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ
Maksudnya: "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah."
Surah ar-Ra'd, Ayat 11
Adapun Malaikat Hafazah, mereka masuk ke dalam setiap rumah dan tidak pernah berpisah dengan manusia dalam apa jua keadaan kerana mereka diperintahkan untuk mencatat setiap amalan manusia. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 7/207)
Malaikat Hafazah bermaksud malaikat penjaga. Ada dua malaikat yang menjaga pada sebelah siang dan dua lagi menjaga pada sebelah malam. Para malaikat ini sama saling bertemu pada solat Subuh dan Asar.
Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda;
“Maka apabila Allah bertanyakan tentang perihal hamba-Nya kepada malaikat Hafazah ini, maka jawapan mereka ialah: “Kami datang kepada mereka melihat mereka bersolat dan kami tinggalkan mereka pun dalam keadaan mereka bersolat.”
Hadis Riwayat Imam Ahmad
0 Comments