MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faktor – Faktor Kedatangan Kuasa Asing Ke Tanah Melayu



Faktor – faktor kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu

 

Kedudukan Strategik

Kedudukan Melaka di laluan jalan perdagangan timur dan barat. Melaka muncul sebagai pelabuhan persinggahan yang penting. Portugis dan Belanda berminat menguasai Melaka untuk mengawal perdagangan rempah di kepulauan Melayu.

 

Kekayaan Hasil Bumi dan Sumber Alam

Tanah Melayu mempunyai hasil bumi yang banyak seperti bijih timah, bijih besi dan emas

 

Penyebaran Agama

Kuasa asing mahu menyebarkan agama Kristian ke serata dunia termasuk Tanah Melayu. Raja Portugal menggalakkan pelayaran untuk mengembangkan agama Kristian

 

Revolusi Perindustrian

Pada abad ke-18 Revolusi Perindustrian berkembang di Eropah. Sektor perkilangan seperti pembuatan besi dan keluli, pembuatan kereta serta mengetin makanan giat dijalankan. Kuasa asing memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan mereka.

 

Kemasyhuran

Kuasa asing mahu menempa kemasyhuran untuk diri sendiri dan negara. Kuasa British muncul sebagai penjajah terbesar. James Brooke menguasai Sarawak setelah melihat kejayaan British di pulau Pinang dan Singapura

 

 

Sumber: Buku Akademik Tahun 5

Post a Comment

0 Comments