Biodata
Nama: Luqman Hj. Abdullah
Nama Gelaran: Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah
Tarikh Lahir: 12 September 1969
Tempat Lahir: Kampung Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan
Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah adalah anak kepada ulama Kelantan terkenal Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah.
Pendidikan
2005: Doktor Falsafah (Ph D) Undang – Undang Harta Islam Universiti Edinburgh, Scotland
Sarjana Pengajian Undang - Undang Perbandingan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
1989 – 1993: Sarjana Muda di Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam UM
1987 – 1989: Pengajian Asasi di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Nilam Puri
1981 – 1986: Sekolah Menengah Ugama (Arabiah) Pasir Mas
1976 – 1980: Sekolah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas
Perkahwinan
Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Datin Dr. Wan Marhaini Wan Ahmad
Kerjaya
15 Mei 2020 – Kini: Mufti Wilayah Persekutuan
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM)
Ahli Majlis/Jawatankuasa Keagamaan
Pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan
Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan
Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Ahli Majlis/Jawatankuasa Perbankan/Ekonomi
2017: Penasihat Syariah Berdaftar Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Panel Penasihat Syariah Amanah Raya Berhad
Panel Penasihat Syariah MAA Takaful
Panel Penasihat Syariah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
Panel Penasihat Syariah MBSB Bank Berhad
Panel Penasihat Syariah Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ Malaysia
Ahli Majlis/Jawatankuasa Pendidikan/Pelajaran Sekolah/Kolej/Universiti/Institusi
Pengasas Akademi Tuan Guru Haji Abdullah Sdn Bhd
Anugerah Pencapaian
2017: Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Malaya (UM)
2013: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, UM
2006: Sijil Perkhidmatan Cemerlang, UM
2003: Sijil Perkhidmatan Cemerlang, UM
Anugerah Pingat
2021: Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk
2016: Darjah Kebesaran Setia Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK)
Kredit: Wikipedia
0 Comments