Biodata
Nama: Nurul Izzah binti Dato' Seri Anwar
Tarikh Lahir: 19 November 1980
Tempat Lahir: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pendidikan
2007: Ijazah Sarjana (MA) Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington Amerika Syarikat (AS)
2004: Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
Sekolah Menengah Sri Hartamas
Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Perkahwinan
Nurul Izzah binti Dato' Seri Anwar mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Safiyah. Nurul Izzah binti Dato' Seri Anwar bercerai dengan pasangannya pada 15 Januari 2015.
Pada 5 Ogos 2022 Nurul Izzah binti Dato' Seri Anwar mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Yin Shao Loong (Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Khazanah)
Kerjaya/Perkhidmatan
Januari 2023 - 12 Februari 2023: Penasihat Kanan Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri/ Menteri Kewangan (Dato' Seri Anwar Ibrahim)
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Politik
Julai 2022: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
2022: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang
2022: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah
2022: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis
2022: Ketua PKR Cabang Permatang Pauh
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022: Ahli Parlimen Permatang Pauh
2014 – 16 Disember 2018: Naib Presiden KEADILAN/PKR
8 Mac 2008 – 7 April 2018: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Penyelaras Politik di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Board of Director (BOD)
Sukarelawan kepada pasukan Pemantau Kesihatan Global (Global Health Watch)
Ahli Majlis Forum Antarabudaya Pemimpin Wanita New York, Amerika Syarikat.
0 Comments