Peristiwa bulan Rejab
Banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah antaranya:
Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah S.A.W telah diperjalankan
oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga
sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda
Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah
solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.
Penghijrahan pertama ke Habsyah.
Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda
Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali
pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang
Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang
Islam.
Peperangan Tabuk.
Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah
melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera
Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik,
serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).
Imam Syafie meninggal dunia.
Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah
dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga
pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.
Pembebasan kedua Baitul Maqdis.
Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan
kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang
menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar
Al-Khattab R.A.
Sumber/Kredit: https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/20/bulan-rejab-peristiwa-dan-amalan-sunnah/
0 Comments