Biodata
Nama: Amin Idris
Nama Popular: Abid Abdullah & Bro Amin
Tarikh Lahir: 4 April 1981
Tempat Lahir: Sibu, Sarawak
Instagram: @amin_idris
Amin Idris dilahirkan di Sarawak dan membesar di Kelantan merupakan seorang pengacara televisyen berunsurkan keagamaan dan pendidikan, penulis, perunding motivasi, personaliti media, penceramah bebas Malaysia. Beliau juga aktif dalam penulisan buku kepimpinan remaja.
Pendidikan
Sarjana Bimbingan dan Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Diploma Syariah dan Undang-Undang UIAM
1999 – 2000: Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
1994 – 1998: Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah, Pasir Pekan
1992 – 1993: Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang
1991: Sekolah Kebangsaan Langgar, Kota Baharu
1989 – 1990: Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Pasir Mas, Kelantan
1988: Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu, Kelantan
Kerjaya
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Prinsipal Trainer Akademi Magnet Sukses Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Amin Idris Training Consultant)
Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
Penulis skrip untuk kandungan TV Pendidikan.
Fasilitator dan felo penyelidikan RK Training & Management
Wartawan sambilan
Rancangan Televisyen/Radio
2024: Borak Dulu Baru Buka (TV 1)
2007 – 2009 & 2022: Pengacara Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA)
2008 – 2009: Pengacara Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan
2008 – 2009: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
Radio IKIM: Motivasi Pagi
Radio TraXX FM. Klip Motivasi Bahasa Inggeris
TV Alhijrah: Assalamualaikum, Pentas Dakwah, Bicara, Apakah Maqasid Syariah? dan Zakat Berbakti
Astro Oasis: Salam Duha, Tazkirah Malam Jumaat (2016)
Radio Televisyen Malaysia (RTM): Borak Dulu Baru Buka (2021)
TV9: TV Pendidikan
Sumber/Kredit: https://aminidris.wordpress.com/about/ & Wikipedia
Biodata Ustaz Mohd Hariri Haji Mohamad Daud
0 Comments