Sifat Penghuni Syurga
"Amalan biasa-biasa saja, cuma satu amalan yang saya buat setiap kali sebelum tidur ialah berdoa,
"Ya Allah, orang yang maki saya, saya maafkan. Orang yang mengumpat saya, saya maafkan. Orang yang menzalimi saya, saya maafkan. Saya bersedekah dengan maruah diri saya'."
Demikian jawapan sahabat tersebut apabila ditanya oleh Abdullah ibnu 'Amru r.a yang ingin menyiasat amalan istimewanya sehingga dijamin syurga oleh Rasulullah ﷺ.
Beliau tidak mahu tidur dengan membawa dendam, tidak mahu tidur dengan membawa benci, tidak mahu tidur dengan membawa penyakit hati.
-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
0 Comments