MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Amalkan 7 Falsafah Rumahtangga

 


Rumahtangga ini perlu subur dan dibaja selalu. Barulah hidup bahagia dan aman sentiasa.


Kita perlu amalkan 7 falsafah rumahtangga ini dalam kehidupan:


1. Luahkan perasaan kita sebab tak semua orang boleh baca apa yang bermain difikiran kita.


2. Ungkapkan pujian yang dapat naikkan semangat pasangan. 

"Terima kasih dah jadi yang terbaik dalam hidup abang lagi untuk hari ini. 

Saya sayang awak. 

Saya bangga dengan awak. 

Terima kasih banyak-banyak. You are truly amazing."


3. Belajar untuk bertanya dan mendengar. Berbincanglah. Jangan dipendam dan jangan sangka pasangan boleh faham-faham sendiri je.


4. Selalu cari "our-time" bersama-sama. Tanpa gangguan kerja, anak-anak atau apa sahaja di luar. Hanya kalian berdua saja. Duduk bertentang mata dan bercerita dari hati ke hati.


5. Raikan kebaikan dalam perhubungan. Sentiasa mengutamakan Allah SWT dalam apa juga urusan kalian berdua. Dan berharap untuk keberkatan dariNya.


6. Perbaiki kelemahan diri dan belajar untuk tingkatkan peribadi diri melalui kemahiran dan perkara yang dapat memikat hati si dia.


7. Hubungan yang tidak sihat adalah mereka yang mengharapkan masalah mereka diselesaikan oleh pasangan masing-masing.


Hubungan yang sihat sebenarnya kedua-dua belah pihak menyedari masalah tersebut dan cari jalan untuk tempuh serta selesaikan bersama.


Apabila kesemua falsafah ini diamalkan dan diteguhkan dalam rumahtangga kalian, Inn shaa Allah semuanya jadi lancar. Kalian akan jalani hidup dengan penuh keindahan dan dapat bersatu teguh walau apa juga badai ujian yang mendatang.


Peliharalah masjid yang kalian bina sejak dari dahulu lagi.


Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Post a Comment

0 Comments