MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Adab Beriktikaf Di Dalam Masjid

 


ADAB BERIKTIKAF DI DALAM MASJID


1.       Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud  beribadah kerana Allah. 


2.       "Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh"- Sabda Rasulullah SAW.

(Riwayat Bukhari, daripada Abi Qatadah RA)


فعن أبي قتادة قال: بينما نحن نصلي مع النبي -صلى الله عليه وسلم- إذ سمع جلبة الرجال، فلما صلى قال: (ما شأنكم؟) قالوا: استعجلنا الصلاة، قال: (فلا تفعلوا؛ إذا أتيتم الصلاة فعليكم بالسكينة؛ فما أدركتم فصلوا، وما فاتكمفأتموا)


Daripada Abi Qatadah RA berkata : "Ketika kami sedang bersolat bersama Nabi SAW, tiba-tiba baginda SAW mendengar hingar bingar para jemaah lelaki. 

Setelah selesai solat baginda SAW berkata : 'Apa yang terjadi kepada kamu semua?' 

Mereka berkata : 'Kami ingin segera bersolat'.

Jawab baginda SAW : 'Jangan kamu lakukan. Apabila kamu datang untuk bersolat maka kamu mestilah bertenang. Mana-mana rakaat yang kamu perolehi maka tunaikan, apa yang terluput maka sempurnakan'".


3.       Tunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Dari Abu Qatadah bin Rube’ al Ansari RA berkata :


فعن أبي قتادة بن ربعي الأنصاري -رضي الله عنه- قال: قال النبي -صلى الله عليه وسلم-: (إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين) رواه البخاري


Sabda Rasulullah SAW : 

“Apabila salah seorang antara kamu memasuki masjid maka janganlah duduk sehingga ia menunaikan solat dua rakaat” 

(Riwayat Bukhari)


4.       Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding (sutrah)


فعن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه- قال: سمعت النبي –صلى الله عليه وسلم- يقول: (إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفعه فإن أبى فليقاتله فإنما هو شيطان) رواه البخاريومسلم،


Daripada Abi Said al Khudri RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda : 

"Apabila salah seorang kamu menunaikan solat ke arah sesuatu yang menutupinya daripada manusia, maka jika ada seseorang mahu melintasi hadapannya, hendaklah ia halang. Jika sekiranya ia tetap melaluinya maka hendaklah diperangi kerana sesungguhnya ia adalah syaitan".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


5.       Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.


فعن أبي الشعثاء قال: كنا قعودا في المسجد مع أبي هريرة، فأذن المؤذن، فقام رجل من المسجد يمشي، فأتبعه أبو هريرة بصره حتى خرج من المسجد، فقال أبو هريرة: "أما هذا فقد عصى أبا القاسم -صلى الله عليه وسلم-" رواه مسلم


Daripada Abi Sya’sa’ berkata : 

"Kami duduk di dalam masjid bersama Abu Hurairah lalu muazzin melaungkan azan. Maka berdiri seorang lelaki dan berjalan. Abu Hurairah memandangnya sehinggalah ia keluar. Abu Hurairah berkata : Orang ini telah mengingkari Abu Qasim (gelaran Rasulullah SAW)".

(Riwayat Muslim)


6.       Elakkan dari  melangkah  tengkuk para jemaah yang lain.

 (Riwayat Ibn Majah kitab sahih targhib wat tarhib )


لما جاء في ا لحديث أنَّ رجلا جاء يوم الجمعة يتخطى رقاب الناس، والنبي -صلى الله عليه وسلم- يخطب، فقال له: (اجلس فقد آذيت)


Di dalam sebuah hadis menyebutkan ketika baginda SAW menyampaikan khutbah , diperhatikan seorang lelaki melangkah tengkuk para jemaah lalu baginda bersabda : "Duduk dan jangan kamu menyakiti orang lain".

(Riwayat Ibn Majah)


7.       Elakkan daripada memakan makanan yang berbau.


فعن جَابِرِ بْنِ عَبْدِ الله -رَضىَ الله عَنْهُمَا- عَنْ النَّبي -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلمَ- قالَ:  


(مَنْ أكَل ثُوماً أوْ بَصَلاً فَلْيَعْتَزِلنا - أوْ ليعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا- ليْقْعُدْ في بَيتهِ) رواه البخاري ومسلم


Daripada Jabir bin Abdillah RA daripada Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah maka hendak ia berpisah dengan kami atau menjauhi masjid kami agar ia duduk di rumahnya". 

(Riwayat Bukhari)


8.       Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekusyukan solat para jemaah.


9.       Jaga kebersihan.


أخرجه مسلم عن أنس بن مالك أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال:


(إن هذه المساجد لا تصلح لشيء من هذا البول ولا القذر إنما هي لذكر الله عز وجل والصلاة وقراءة القرآن)


Daripada  Anas bin Malik RA berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : 

"Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak boleh dicurahkan kencing atau kotoran. Adapun masjid adalah tempat mengingati Allah, bersolat dan membaca al Quran".

(Riwayat Muslim)


10.   Menjauhkan diri  daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid.

(Riwayat at Tirmizi)


فعن أبي هريرة أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: (إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد فقولوا لا أربح الله تجارتك، وإذا رأيتم من ينشد فيه ضالة فقولوا لا رد الله عليك)


Daripada Abu Hurairah RA katanya, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : 

"Apabila kamu melihat orang menjual atau membeli di dalam masjid maka katakanlah : 'Allah tidak akan memberikan keuntungan kepada perniagaan mu'. Dan apabila kamu melihat orang mencari-cari barang yang hilang lalu katakanlah : 'Allah tidak akan memulangkan kepada mu'" (Riwayat at Tirmizi)


11.   Menjawab azan ketika berkumandang. 


12.   Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan. 


13.   Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat.


Semoga Allah SWT kurniai kita Taufiq dan kefahaman supaya dapat amal apa yang telah kita baca dan semoga kita dapat sampaikan pula kepada orang lain.

Inn Sha Allah...?


Wallahu'alam bissawab.

Semoga bermanfaat.

@islamitu_indah



Post a Comment

0 Comments