MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

7 Jenis Persahabatan



*ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT(SYURGA)*


1. TA'ARUFFAN

Persahabatan Yang Terjalin Secara Kebetulan, Seperti Pernah Bertemu Di Lapangan Terbang, Hotel,Hospital,Pejabat Pos,ATM, Kedai2,Bus Stand,Tepi Jalan,Pam Minyak,Pam Tayar Dan Lain2nya.


2. TAARIIHAN

Persahabatan Yang Terjalin Kerana Faktor Sejarah,Misalnya Teman Sekampung,Satu Kelas,Satu Sekolah,Satu Asrama,Dan Sebagainya.


3. AHAMMIYYATAN

Persahabatan Yang Terjalin Kerana Faktor Kepentingan Tertentu Seperti Rakan Bisnes, Politik Dan Sebagainya.


4. FAARIHAN

Persahabatan Yang Terjalin Kerana Faktor Hobi,Seperti Teman Futsal,Golf,Badminton, Memancing,Melancong Dan Sebagainya.


5. AMALAN

Persahabatan Yang Terjalin Kerana Kerjaya, Misalnya Sama-Sama Guru,Doktor,Arkitek, Tentera Dan Sebagainya.


6. ADUWWAN

Sahabat Tetapi Musuh,Depan Kita Bukan Main Dia Baik Lagi  Pijak Semut Pun Tak Mati!  Tapi Bila Belakang Kita...Allah! Talam Dua Muka. Seperti Firman Allah SWT : "Kalau Kamu Mendapat Kebaikan Atau Kesenangan,Ia Menyakitkan Hati,Bila Kamu Ditimpa Musibah, Mereka Senang Hati..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW Mengajarkan Doa : "Allahumma Ya Allah ...Selamatkanlah Aku Dari Sahabat Yang Bila Melihat Kebaikanku Dia Bersembunyi Tetapi Bila Dia Melihat Keburukanku Dia Sebarkan."


7. HUBBAN LIMAANAN

Sebuah Ikatan Persahabatan Yang Lahir Batin, Tulus Saling Cinta Dan Sayang Kerana ALLAH Azza Wa Jalla,Saling Menolong,Menasihati, Menutupi Aib Sahabatnya,Memberi Hadiah, Bahkan Diam-Diam Di Penghujung Malam,Dia Mendoakan Sahabatnya.Boleh Jadi Ia Tidak Bertemu,Tetapi Dia Cinta Sahabatnya Kerana Allah Ta'ala SWT.


Dari 7 Jenis Di Atas,1 Hingga 6 Akan LENYAP.


 Yang Tinggal Hanya Persahabatan Yang ke-7. Persahabatan Yang Terjalin Kerana Allah SWT Sebagaimana Dalam Firman Nya: "Pada Hari Itu (Kiamat) Sahabat-Sahabat Karib Akan Menjadi Musuh Bagi Yang Lain,Kecuali Persahabatan Kerana Ketaqwaan." (Surah Az-Zukhruf :67)....


Buat Semua Kenalan,Teman,Taulan Dan Sahabat Dunia Alam Maya Dan Alam Nyata sekalian,_Walau Kita Mula Berkawan Tak Kira Mana² 1 Sampai 6 Tapi Biarlah Akhirnya Menjadi Yang Ke 7 iaitu HUBBAN LIMAANAN.


_IN SHAA ALLAH..._ 


#Semoga bermanfaat.


Gambar: Pinterest

Post a Comment

0 Comments