Hukum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi mereka yang beragama Islam.
Ibn Umar r.a meriwayatkan:
Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar r.a kesemuanya mendirikan solat dua hari raya sebelum khutbah.
(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Dua Hari Raya)
Perlaksanaan solat ini digalakkan secara berjemaah sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Said al-Khudri yang terdahulu.
Tetapi, ia tetap sah jika dilakukan secara bersendirian.
Infografik di atas dikongsikan Kaifiyat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri daripada JAKIM untuk panduan bersama.
Sumber/Kredit: JAKIM
0 Comments