MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

11 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri

 


1. Menghidupkan Malam Raya

Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hati” (H.R Ibnu Majah)


2. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Keluar Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Bermula dari pertengahan malam dan sunat dilewatkan sehingga hampir solat sunat Hari Raya.


3. Mengemaskan Diri

Mencukur bulu-bulu, mengetip/memotong kuku dan merapikan janggut.


4. Memakai Pakaian Yang Terbaik

Tidak semestinya pakaian yang baharu, perlulah mengikut kemampuan dan tidak membazir.


5. Memakai Wangi-Wangian

Imam Syafie pernah berkata: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”


6. Makan/Menjamah Sebelum Keluar Rumah 

Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma


7. Bersegera Ke Masjid/Tempat Solat

Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Said bin al-Musayyib berkata: “Sunat-sunat hari raya ada tiga: “Berjalan ke tempat solat, makan sebelum keluar dan mandi.”


8. Memperbanyakan Takbir

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.


9. Menggunakan Jalan Yang Berbeza Ke Masjid (Pergi dan Balik) 

Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain. Hal ini berdasarkan hadis, daripada jabir R.A, katanya:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Maksudnya: “Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.”

Riwayat al-Bukhari (943)


10. Mengucapkan Tahniah Dan Doa Antara Satu Sama Lain.

Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan hadis Wasilah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada Baginda: تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu), lalu Baginda menjawab: 

Ya, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu).


11. Ziarah Menziarahi Sesama Muslim Merapatkan Hubungan Persaudaraan/Silaturahim

Nabi pernah bersabda :


مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه


Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya.

( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)



Sumber/ Kredit: JAKIM & Internet


Post a Comment

0 Comments