MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Mudah Jaga Tahajud

 


Tahajud adalah solat sunat yg dilakukan pada waktu tengah malam, sebaik-baiknya selepas tidur.

Berikut dikongsikan beberapa panduan mudah jaga Tahajud


1 . Niatkan dalam hati untuk bangun Tahajud.

2. Doa kepada Allah sebelum tidur agar dapat bangun untuk Tahajud.

3. Tetapkan penggera dan pemasa menggunakan jam atau handphone untuk memudahkan bangun.

4. Lazimkan tidur di siang hari 30 minit sebelum masuk waktu Zohor atau tidur selepas solat Zohor

5. Lazimkan tidur awal (sebelum 11.00 malam) dan jangan tidur lewat. Tidur awal mudah untuk Tahajud berbanding tidur lewat.

6. Sekiranya ada pasangan hidup (berkahwin) minta tolong antara satu sama lain untuk kejutkan dan sama-sama Tahajud. Bagi adik-beradik atau pelajar boleh juga saling bangun kejutkan antara satu sama lain untuk Tahajud.

7. Urus masa sebaiknya di siang hari dan malam hari seperti kerja, perniagaan dan urusan lain.


“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Isra’: 79).


Doa di saat tahajud umpama anak panah yang tepat mengenai sasaran – Imam Syafi’i.


MyWilayah.com

Post a Comment

0 Comments