Nasihat anak kita 7 perkara ini sebelum Ramadhan berakhir
1. Bagitahu anak kita bahawa hati kita ni tempat Allah pandang dan lihat
2. Kita kena selalu sucikan dan sental hati kita daripada sifat tercela ( mazmumah) seperti buruk sangka, iri hati pada orang dan suka marah-marah. Barulah Allah suka pada kita
3. Lepas itu kita kena install sifat sifat terpuji ( mahmudah) dalam hati kita seperti sifat pemurah, suka berterima kasih dan selalu bersabar barulah Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang
4. Ada 1 malam di bulan Ramadhan yang mana ibadah selama 1 jam kita lebih baik daripada ibadah selama 9.8 tahun!
Dan ibadah selama 1 malam lebih baik daripada 83 tahun ibadah. Nama malam itu adalah Lailatul Qadr
5. Minta anak kita baca doa ini setiap malam terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan :
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni’
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku."
Doa ini baginda Nabi Muhammad S.a.w ajarkan pada Siti Aisyah r.a supaya dosa kita terhapus terus daripada buku catatan amal. Seolah-olah kita tak pernah buat dosa tersebut.
6. Bagitahu anak kita untuk selalu mendoakan kita setiap kali lepas solat kerana anak kita masih suci dibandingkan kita yang banyak dosa dan kesilapan.
Siapa tahu doa anak kita lebih makbul daripada doa kita. Cuba tanya anak kita "nak tak kalau kita boleh bertemu berpelukan di syurga kelak? Haa.. Kalau nak, adik tolong doakan emak ya "
7. Bagitahu anak kita bahawa kita tak selamanya akan berada di sisi dia dan dia adalah bekal terbaik kita ada bila kita berada di akhirat nanti sebab itulah dia kena jadi anak yang soleh dan selalu mendoakan kita selepas kita dah meninggal dunia. Sebak.
p/s : Saya doakan anak lelaki dan anak perempuan anda semua menjadi anak yang soleh & solehah yang menjadikan doa kepada ibubapa sebagai amalan harian. Amin
@islamitu_indah
0 Comments