Iftar (Arab: إفطار), merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan. Umat Islam digalakkan iftar dengan buah kurma atau makanan manis lain.
Daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Sumber/Kredit: JAKIM & Wikipedia
0 Comments