MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Ramadhan

 


HIKMAH BERPUASA DAN KELEBIHAN RAMADHAN

 

✔️ Ketibaan Ramadhan, umat islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

 

✔️ Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.

 

✔️ Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.

 

✔️ Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.

 

✔️ Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.


✔️ Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada Api Neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.


✔️ Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat terawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yamg mampu sebagai satu kewajipan mambantu individu Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.


✔️ Puasa yang dilakukan dengan sempurna dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.


✔️ Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dirantaikan syaitan.


✔️ Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman.


✔️ Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT bagi orang-orang yang menghidupkannya dengan amal ibadah.



Kredit: JomMuhasabahDiri


Post a Comment

0 Comments