MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Yamaha 135LC Fi 2022

 


Yamaha 135LC Fi 2022  empat (4) pilihan warna:-

1. Ruby Red (varian Standard)

2. Midnight Star (varian Standard)

3. Crystal Cyan (varian Standard)

4. Desert Storm (varian S.E atau Special Edition)


Harga jualan asas yang ditawarkan:-

RM 7,798.00 (varian Standard)

RM 8,198.00 (varian S.E)

Harga di atas tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.


Reka bentuk  

Gaya penampilan yang lebih segar, lebih moden dan lebih sporty.


Enjin

Enjin bersesaran 135cc (sejukan cecair, 4-lejang, SOHC, 4-injap), namun enjin itu kini dilengkapi sistem suntikan bahan api atau Fuel Injection (Fi), membolehkannya menepati piawaian emisi Euro 4. Jumlah kuasanya kini mencapai 12.47hp @ 8,000rpm, dengan tork setinggi 12.2Nm @ 6,000rpm. Untuk perjalanan lebih jauh pula, ianya kini dibekalkan tangki petrol dengan kapasiti 4.6 liter.


Ciri-ciri lain

Kerangka baharu yang kini lebih ringan dan kukuh, 

Sistem kunci membuka tempat duduk dengan hanya memusing ke kiri, tanpa perlu lagi menarik keluar kunci.

Dilengkapi speedometer digital.

Lampu hadapan LED dan lampu pilot serba baharu, lampu belakang LED, yang tampil lebih agresif, lebih sporty dan lebih terang.

Bagi varian Special Edition, ianya ditawarkan secara eksklusif bakul Yamaha 2-dalam-1, yang mana ianya hadir dengan ruang soket pengecas USB tertutup untuk perlindungan alatan mudah alih semasa digunakan. Ciri-ciri standard lainnya termasuklah fork depan jenis teleskopik, suspensi belakang monoshock, tayar berukuran 70/90-17 (depan) dan 80/90-17 (belakang), ketinggian tempat duduk 775 mm, dan berat 109 kg (wet weight).

Klac auto, tanpa klac tangan manual seperti mana model-model moped yang lain.


Ciri keselamatan 

Sistem brek cakera belakang dan juga lengan ayun rekaan baharu, untuk kuasa membrek yang lebih stabil.

Tidak dilupakan ialah ciri aerodinamik turut dipertingkatkan, melalui reka bentuk cowling baharu yang mengurangkan geseran serta tekanan angin di bahagian lutut, untuk tunggangan yang lebih lancar dan selesa.



Kredit: arenamotosikal.com

Post a Comment

0 Comments