MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kebaikan Dan Keburukan Telefon Pintar (Smart Phone)




Pada masa ini, telefon pintar (smart phone) ataupun telefon mudah alih telah menjadi keperluan ataupun kehendak setiap individu mahupun lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Ianya kini menjadi trend gaya hidup pelbagai golongan dari kelas atasan, kelas pertengahan hinggalah kelas bawahan. Kewujudan telefon pintar ini telah mempengaruhi cara seseorang/individu itu mengendalikan urusan harian mereka. Namun penggunan telefon pintar ini juga telah memberi kesan kepada individu/seseorang itu.

Berikut adalah antara kebaikan telefon pintar kepada individu/seseorang.


Alat perhubungan.

Kini medium perhubungan menjadi lebih mudah dengan adanya telefon pintar ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan boleh dihubungi terus pada bila-bila masa secara bercakap tanpa melihat fizikal atau melalui video call (vc) dalam merapatkan hubungan sesama manusia. Penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan Multimedia (MMS) membolehkan pesanan dihantar dengan mudah dan cepat.

Antara alat perhubungan seperti Zoom, WhatsApp Video Call, Microsoft Teams, Google Meet, Telegram,Instagram, Twitter dan seumpamnya membolehkan perhubungan merentasi sempadan negara.

 

Pendidikan

Melalui telefon pintar pelbagai maklumat pendidikan untuk membuat assignment, homework dapat diakses dengan mudah dan cepat di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Dengan adanya aplikasi seperti Zoom, WhatsApp Video Call, Microsoft Teams, Google Meet.  perbincangan mengenai pembelajaran menjadi lebih mudah sesama ahli pasukan dalam pembelajaran bertanyakan hal-hal yang berkaitan pelajaran.

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) menjadi mudah selaras dengan Norma Baharu bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Melalui kelas secara maya/virtual pensyarah/guru boleh menyampaikan pembelajaran/maklumat/taklimat walaupun berada di rumah/pejabat dengan penyertaan para pelajar secara fizikal ataupun secara maya sekaligus menjimatkan masa dan kos.

Aplikasi-aplikasi seperti MyClaaz, Kahoot, Quizizz, Google Classroom, Pandai, Google Form, Wordwall dan seumpamnya membantu dalam pendidikan melalui penggunan telefon pintar.

YouTube Kids juga boleh dikategorikan sebagai aplikasi pendidikan (pandangan peribadi penulis) sekiranya digunakan dengan tepat dan betul kerana menyediakan unsur multimedia (teks, audio, grafik, animasi dan video) memudahkan penyampaian dan pemahaman. Pada usia kanak-kanak lazimnya golongan ini cepat dan mudah belajar menggunakan unsur multimedia. Sebagai contoh pelajaran bahasa English, tidak semua ibubapa boleh bercakap bahasa English dengan adanya aplikasi ini membantu dalam perkembangan golongan kanak-kanak mempelajari bahasa English dan mengenal huruf, objek dan berkaitan pendidikan.

 

Informasi Terkini

Melalui telefon pintar juga sebagai alat melayari internet untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai berita,pendidikan, ekonomi, sosial, agama, dalam dan luar negara serta lain-lain lagi. Pada masa kini pengguna internet amat penting kepada para pelajar dan guru/pensyarah dalam membuat kajian dan menyiapkan tugasan, malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di akses dengan cepat dan mudah.

Berita semasa dan isu semasa yang terdapat di dalam akhbar dalam talian tempatan dan luar negara dapat diakses dengan mudah seperti keagamaan, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya sama ada secara talian akhbar, audio berita, serta video berita pada bila-bila masa.

Sinar Harian, Astro Awani, Harian Metro, Utusan Digital, Kosmo, Agensi Anadolu (Turki), The Guardian (UK), CGTN (China), detikNews (Indonesia), CNN (US) dan sebagainya.

 

Pelbagai Aplikasi Permainan dan Hiburan

Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda dan tekanan. Dengan memiliki telefon pintar, seseorang dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas ataupun muat turun aplikasi melalui Google Play Store contohnya aplikasi Netf;ix, Disney + Hotstar, Viu, iflix, Spotify dan banyak lagi.

Pelbagai Aplikasi permainan juga boleh dimuat turun melalui telefon pintar seperti permainan sukan, pengembaraan/cabaran, teka silang kata, permainan strategi dan sebagainya pilihan yang pelbagai dan banyak disukai oleh setiap golongan bagi mengisi masa lapang mereka atau selepas menyiapkan tugasan kerja atau universiti/kolej/sekolah.

 

Pekerjaan

Dengan adanya telefon pintar permohonan kerja kosong atau yang diiklankan oleh kerajaan/syarikat boleh dipohon/diisi melalui telefon pintar pada bila-bila masa. Perubahan ini memudahkan dari segi kos, masa dan tenaga. Dahulu sekiranya memohon pekerajaan melalui borang ataupun komputer (desktop).

Mencari pekerjaan melalui SPA9, JobStreet, Linkdln dan laman sesawangan kerajaan dan syarikat juga tersedia bagi individu untuk memohon pekerjaan dan boleh diakses melalui telefon pintar.

 

Walaupun, telefon pintar ini memberi kebaikan kepada penggunanya/individu, namun keburukannya tetap wujud sekiranya tidak diguna dengan betul hingga disalah guna. Antara keburukan telefon pintar ialah telefon pintar ini boleh:-

 

Mengganggu Pendidikan/Pelajaran

Sekiranya penggunaan telefon pintar ini tidak dikawal dan dihadkan oleh para ibu bapa dan individu itu sendiri menyebabkan pelajaran terganggu dan tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan oleh guru-guru dan pensyarah akibatnya tugasan/kerja rumah yang diberikan tidak dapat disiapkan dan minat untuk belajar terganggu. akhirnya halatuju dan tujuan pelajaran/pendidikan itu diberikan amat penting kepada individu/golongan pelajar untuk kelangsungan hidup di masa akan datang terjejas.

Dengan pendidikan/pelajaran seseorang boleh maju kedepan dalam mengurus diri, keluarga, masyarakat dan negara kelak. Pendidikan/pelajaran menghasilkan pengetahuan dan dengan pengetahuan disokong nilai-nilai murni berpandukan agama Islam dan kepercayaan masing-masing meletakkan seseorang itu berjaya dalam kepimpinan dan kehidupan kerana “Knowledege is Power” tetapi tanpa pelaksanaan “Nothing”.

Golongan pelajar sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada penggunaan telefon pintar. Kesannya pencapaian golongan pelajar merundum dan sukar untuk berjaya dengan cemerlang dalam ujian dan peperiksaan di sekolah/univeristi/kolej.

 

Mengundang kepada masalah sosial

Akhir-akhir ini pengunaan telefon pintar untuk mengakses laman web/ video berunsurkan pornografi menadi mudah dan sukar untuk dikawal kesannya menyebabkan keruntuhan akhlak, berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling.

Pendedahan kepada hiburan berterusan melalui telefon pintar tanpa sempadan, pergaulan bebas yang ditujukkan didalam video semasa mengakses internet mempengaruhi individu itu sendiri seperti mengikut cara berpakaian yang tidak sopan, perlakukan bukan budaya timur dan cara pergaulan.

Penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja boleh mendatangkan masalah sosial sekiranya tidak dikawal dan disalah guna.

 

Pembaziran wang

Pembelian telefon tanpa keperluan hanya sekadar kehendak cenderung kepada pembaziran wang, ada sesetengah individu mempunyai dua (2) telefon pintar dan kemungkinan setiap tahun membeli telefon pintar yang baharu disebabkan mengikuti peredaran kecangihan teknologi telefon pintar, pada hal fungsi dan kegunaan telefon pintar sedia ada masih lagi relevan.

Pembelian reload/top-up bagi menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.

 

Menghabiskan masa di media sosial

Ramai di kalangan individu menghabiskan masa di media sosial pada setiap masa seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa depan mereka.

 

Jenayah

Jenayah juga boleh berlaku melalui penggunaan telefon pintar sama ada jenayah terancang atau pun tidak dirancang. Perisikan, kebocoran data peribadi, scammer, berita palsu yang boleh menggugat kehormonian masyarakat dan negara hal ini telahpun berlaku.

 

Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar memberikan pro dan kontra dalam penggunaanya serta seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan telefon pintar/ telefon mudah alih atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran individu itu sendiri. Manfaatkanlah kemudahan ini bagi tujuan kebaikan dan perkara yang berfaedah untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat berlandaskan syariat dan prinsip yang betul.

 

 MyWilayah.com

Post a Comment

3 Comments

  1. Venerable PHRA PIYA DHAMMO is a retired police officer of the Singapore narcotics criminal investigation department, after he retired and he joined the monastic life at the Mahindarama Temple in Penang under Venerable Dr. Elgiriye Indarathana, the incumbent chief at the time

    Later, he practiced Buddhist teachings, Dhamma, and temple rules by wearing white clothes for three years before being ordained a Buddhist monk and he lived with a chief monk for five years to study full subjects in Buddhism to follow the rules of Vinaya (culture, morality, meditation and others)

    Therefore, my Master (Phra Piya Dhammo) said, he travelled to many places to practice the Dhamma and gain more experience in the areas of Kuala Lumpur, Selangor, and Melaka

    And he stopped at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong for training under a good MASTER there, but so many Ghosts to be bothered as YIP KUM FOOK (lawyer), this YIP KUM FOOK is the president of SAMNAK SAMBODHI and YIP KUM THIS FOOK also called the police to arrest him, using that annoying gangster as well

    Many things my Master told us about him traveling for Dhamma training, the worst place in SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE because YIP KUM FOOK (lawyer) did not respect the monks and other committee members

    MAHINDARAMA BUDDHIST TEMPLE (Dhamma friends)
    PENANG, MALAYSIA

    ReplyDelete