Biodata
Nama: Suhaimi Ali
Jawatan Terkini: Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)
Mengalas portfolio Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan, Jabatan Sistem Kewangan Islam dan Jabatan Rangkuman Kewangan.
Pendidikan
1994 - 1998: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) dalam bidang Perakaunan dari University of Notre Dame, Amerika Syarikat.
1991 - 1992: Mara Junior Science College, Taiping, Malaysia
Kerjaya/Perkhidmatan
1 April 2022: Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)
Julai 2018: Pengarah Pembangunan Kewangan dan Inovasi, BNM
2016: Pengarah Perkhidmatan IT untuk Bank Negara Malaysia (BNM)
2012: Pengarah Jabatan Kelakuan Pengguna dan Pasaran (CMC) BNM
2007: Pengarah pejabat Gabenor
2007: Mengetuai inisiatif untuk menyusun semula Pejabat Gabenor
2005: Mengetuai pasukan projek yang menyelaraskan semula fungsi kawal selia dan penyeliaan dalam Bank yang menjadi asas kepada struktur organisasi semasa yang bertanggungjawab terhadap mandat kestabilan kewangan.
1998: Mula berkhidmat di BNM
Suhaimi Ali telah berkhidmat di pelbagai jabatan di BNM di antaranya pembangunan sektor kewangan, pengawalan dan penyeliaan, perancangan strategik, amalan pasaran, perundingan antarabangsa dan perkhidmatan IT serta Pejabat Gabenor.
Berpengalaman dalam penyeliaan insurans, perancangan strategik, peraturan bank, perlindungan pengguna dan rundingan antarabangsa.
Bertanggungjawab ke atas penubuhan AKPK (Agensi Kaunseling Kredit & Pengurusan Hutang) pada tahun 2006.
Sumber: https://my.linkedin.com/in/suhaimi-ali-3862917b
0 Comments