Fii amanillah ("Semoga engkau dalam perlindungan Allah SWT.") adalah perkataan bahasa Arab yang biasanya digunakan di dalam media sosial dan didengari semasa percakapan harian.
Penggunaan ayat ini lazimnya digunakan dibeberapa situasi diantaranya:-
1. Bertemu dan menghadapi orang yang terkena musibah
2. Kepada seseorang yang akan dan sedang menjalankan amanah, menduduki jabatan tertentu, atau bertanggung jawab pada suatu hal
3. Kepada yang akan menjalankan pekerjaan atau tugas dengan risiko
4. Individu yang bermusafir atau dalam perjalanan jauh.
5. Di akhir percakapan semoga semua yang terlibat selalu dalam perlindungan Allah SWT.
Sebaik-baiknya apabila seseorang memberi ucapan fii amanillah hendaklah dibalas dengan ucapan "Ma'assalamah."
Ma'assalamah perkataan bahasa Arab yang bermaksud “semoga keselamatan selalu menyertaimu".
Gambar: Pinterest
0 Comments