Al-Quran
Kitab yang diturunkan ke atas Rasulullah SAW yang tertulis di dalam mushaf-mushaf dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa sebarang keraguan.
Al-Sunnah
Apa-apa yang terbit daripada nabi Muhammad SAW selain dari Al-Quran dari segi perkataan, perbuatan ataupun pengakuan.
Al-Ijmak
Kesepakatan para mujtahid dari kalangan umat Islam pada suatu zaman tertentu terhadap suatu hukum syar'ie selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW
Al-Qiyas
Menyamakan masalah yang tidak jelas hukumnya dalam nas dengan masalah yang dijelaskan hukumnya dalam nas kerana terdapat persamaan 'lllah (ciri-ciri) pada kedua-dua masalah tersebut.
4 di atas adalah sumber hukum yang disepakati dalam Islam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Gambar: Pinterest
0 Comments