MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kegiatan Pertanian





Pelbagai faktor - faktor yang mempengaruhi kegiatan pertanian di setiap negara kerana setiap negara mempunyai perbezaan faktor fizikal dan faktor kemanusiaan. Dalam ruangan ini hanya tertumpu di negara Malaysia.


Faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan pertanian terbahagi kepada faktor fizikal dan faktor kemanusiaan.


Faktor Fizikal

Iklim dan Cuaca

Iklim ialah purata keadaan cuaca sesuatu tempat dalam suatu tempoh yang panjang, biasanya untuk tempoh waktu sekurang-kurangnya 35 tahun. 

Cuaca ialah sesuatu tempat tidak tetap dan sentiasa berubah. Contohnya, tempat kamu mungkin panas terik pada sebelah petang tetapi menerima hujan lebat pada waktu malam.

Unsur- unsur iklim dan cuaca terdiri daripada suhu, tekanan udara, kerpasan, kelembapan, angin, litupan awan dan sinaran matahari.

Suhu yang tinggi sepanjang tahun dengan min suhu tahunan 27°C sesuai untuk pertumbuhan tanaman padi, getah, kelapa sawit dan koko.

Hujan lebat sepanjang tahun dengan hujan tahunan 2000mm sangat menggalakan penanaman padi kerana memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran.

Sinaran matahari yang diterima sepanjang tahun yang tinggi membantu proses fotosentesis berlaku sepenuhnya.

Kelembapan, awan dan kerpasan mempunyai hubungan yang rapat kelembapan sesuatu tempat dipengaruhi oleh suhu kelembapan menurun apabila suhu meningkat dan apabila suhu menurun kelembapan meningkat.



Sistem Saliran

Kewujudan sungai yang membekalkan sumber air membolehkan empangan dibina seterusnya parit dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian bagi menjamin bekalan air berterusan untuk tumbesaran tumbuhan.

Tanih yang berupaya menakung air seperti Tanih jenis aluvium dan kaya dengan nitrat, fosfat dan kalium karbonat sesuai untuk pertanian padi sawah.

Tanih yang tidak menakung air jenis gambut, laterit dan kaya dengan kalium sesuai untuk tanaman getah, koko dan kelapa sawit.

Sistem saliran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kegiatan pertanian sebagai contoh rancangan pengairan seperti Kemubu (Kelantan) dan Muda (Kedah) membolehkan padi ditanam secara intensif.


Bentuk Muka Bumi dan Tanih

Pelbagai bentuk muka bumi dan tanih dan berkait rapat diantaranya unsur ini.

Jenis muka bumi seperti gunung, lurah, dataran tinggi, dataran, sungai, jurang, tasik, laut dan seumpamnya.

Pelbagai jenis tanih tanih seperti aluvium/tanah lahar yang terdiri daripada mendapan lumpur, kelodak pasir. 

Tanih laterit/tanah liat merah.

Tanih gambut/tanah yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput.

Tanih liat/ lempung tanah yang terdiri daripada zarah-zarah halus batu-batan yang hancur.

Tanah pamah/aluvium rata dari jenis sesuai untuk penanaman padi

Tanah pamah/aluvium beralun dari jenis laterit sesuai untuk penanaman getah, koko dan kelapa sawit

Tanah tinggi/dataran tinggi sesuai untuk tanaman sayuran dan teh




Faktor Kemanusiaan

Ekonomi

Berkaitan dengan pasaran, permintaan dan penawaran dan kuasa beli pengguna sebagai contoh penanaman pokok kelapa sawit dan penanaman padi bagi keperluan export ke luar negara (Kesatuan Eropah, China, India) dan kegunaan domestik terutama produk minyak kelapa sawit dan beras.

Permintaan yang tinggi dari dalam negara dan  luar negara membolehkan sektor pertanain berkembang pesat.


Sosial 

Meliputi bekalan tenaga buruh, kemudahan asas dan elemen budaya dan adat resam. Contohnya di kawasan Penanaman Padi Skala Besar (PPSB) di kawasan Muda (Kedah) mempengaruhi aktiviti sosial di tempat tersebut 

Tenaga buruh diperlukan bagi melaksanakan pelbagai tugas di semua peringkat pengeluaran hasil tani (padi, koko, kelapa sawit, jagung, nenas, pisang dan sebagainya.)

Kemudahan pengangkutan antara elemen penting untuk membolehkan hasil tani dipasarkan dengan cepat agar kualitinya dapat dikekalkan.

Adat pemecahan tanah pusaka mengecilkan saiz tanah pertanian menjadikannya tidak ekonomik untuk pertanian.


Dasar Kerajaan

Melibatkan penggubalan dasar, polisi dan usaha kerajaan dalam memajukan sektor pertanian di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI).

Dasar Pertanian Negara (DPN). DPN 1 ( 1984 – 1991 ) DPN 2 ( 1992 – 1997 ) DPN 3 ( 1998 – 2010 ) - menjadikan sektor pertanian penting dalam membekalkan sumber makanan negara. Kemudahan kredit dan pemberian subsidi kepada pertani.

Pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) bertujuan menjamin bekalan makanan negara mencukupi dan selamat, serta menjadikan sektor agromakanan berdaya saing. Menggalakkan dan merancakkan industri/aktiviti pertanian.

Mewujudkan pelbagai agensi kerajaan dalam membantu memajukan sektor pertanian seperti Jabatan Pertanian (DOA) - (khidmat nasihat), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), BERNAS, MPOPC (pemasaran), MARDI, RRIM (penyelidikan), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dan sebagainya.


Teknologi

Pelaksanaan Research & Development (R&D) dalam bidang pertanian membantu penghasilan produktiviti yang tinggi menjimatkan masa dan tenaga dan sesetengah hasil pertanian melangkaui musim sebagai contoh padi dahulu setahun dua (2) baru boleh dituai tetapi hari ini setahun empat (4) kali.

Bioteknologi menghasilkan kaedah moden dan benih/baka baru yang bermutu tinggi membantu dalam meningkat hasil pertanian dan berdaya tahan.

Teknologi seperti GPS, sensor, dron, kecerdasan buatan (AI) dan robotik. 

Sebagai contoh dron digunakan untuk mengambil gambar imej tanaman dan imej ini boleh dianalisis untuk mengesan penyakit pada pokok, kadar klorofil, kadar kelembapan tanah dan kewujudan serangga perosak. 


Prasarana

Bermaksud keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas (seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan lain-lain) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan.

Kemudahan prasarana mempengaruhi kegiatan pertanian dengan kemudahan prasarana ini seperti sistem pengairan membekalkan bekalan air di kawasan pertanian memudahkan proses penanaman dan tumbesaran.

Jaringan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan sungai/laut memudahkan kenderaan seperti lori/perahu/kapal sungai membawa hasil pertanian ke kilang untuk diproses dan dipasarkan dengan cepat dan berkesan.

Bekalan elektrik yang stabil dan boleh dicapai memudahkan hasil produk pertanian diproses dikilang-kilang sebagai bahan makanan atau di export.

Penyediaan Pasar Tani oleh FAMA membolehkan hasil tani dijual terus secara segar dan menggalakkan/merancakkan aktiviti pertanian setempat.



MyWilayah.com

Post a Comment

0 Comments