Biodata
Nama: Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tarikh Lahir: 5 Ogos 1961
Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein merupakan anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Onn Jaafar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan pejuang kemerdekaan Malaya.
Pada usia 28 tahun (1989) sebaik tamat pengajian menyertai UMNO cawangan Sungai Mati, Johor. Kerjaya sebagai wakil rakyat bermula apabila Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995 seterusnya memenangi kerusi tersebut.
Persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada Pilihanaya ke -11 Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein mewakili Parlimen Sembrong sehingga hari ini.
Pendidikan
Ijazah Sarjana LL.M (London) Undang-Undang Komersil dan Korporat, University of Wales, United Kingdom dan London School of Economics, United Kingdom,
1984: Ijazah Undang-Undang (LLB Hons) University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom
Cheltenham Boys College di United Kingdom.
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Sek. Ren. St. John's Kuala Lumpur
Perkahwinan
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 bersama pasangannya iaitu Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Abdullah
Hasil perkahwinan mempunyai 4 cahaya mata 2 anak perempuan dan 2 anak lelaki iaitu:-
- Nasha Alyssa (23 Mac 1989)
- Faris Hussein (11 September 1992)
- Kyra Arianna (31 Mei 1995)
- Fahd Hussein (31 Mei 1997)
Kerjaya/Perkhidmatan
Ogos 2021 - Kini: Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
10 Mac 2020: Menteri Luar Negeri
12 April 2017: Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri
2013 - 2018: Menteri Kanan & Memangku Jawatan Menteri Pengangkutan
2009: Menteri Dalam Negeri
2004 - 2009: Menteri Pelajaran
1999 - 2004: Menteri Belia dan Sukan
1997: Timbalan Menteri Perusahaan Utama
1995: Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Peguam
Politik
Bendahari Agung BN
Naib Presiden UMNO
Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Sembrong
Ketua Pemuda UMNO
Ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor
Ketua Pemuda UMNO Johor
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara
Ketua UMNO Bahagian Tenggara
Anugerah
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2014)
Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato' Sri (2013)
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2011)
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) - Dato' Seri (2007)
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2004)
Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) - Dato' (2002)
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (1998)
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia (DPMJ) - Dato' (1996)
Sumber: Wikipedia & Internet
0 Comments