PELAKSANAAN BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA⠀
Baucar Diskaun Automotif #KeluargaMalaysia Untuk Pembaikan & Penggantian Kenderaan Terjejas Akibat Banjir:⠀
⠀
📌 Baucar sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.⠀
⠀
📌 Diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan; kos tunda kenderaan percuma; dan baucar diskaun sehingga RM1,000.⠀
⠀
📌 Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara terlibat setakat ini. Senarai syarikat dan bengkel yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.⠀
⠀
📌 PERODUA & PROTON juga menawarkan diskaun sehingga 50% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan, serta servis tunda percuma⠀
⠀
📌 Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022
Sumber/Kredit: Telegram Rasmi Tengku Zafrul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia
0 Comments