Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit menjadikan keseluruhan pulangan sebanyak 5.00 sen seunit.
Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka melalui www.myasnb.com.my atau aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana pejabat cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 3 Januari 2021.
Sumber: ASNB
0 Comments