Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 148:
وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا ۖ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا۟ يَأْتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya, “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada Hari Kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Fastabiqul Khairat bermaksud "Berlumba-lumba melakukan kebaikan/kebajikan".
Melakukan kebaikan mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
Kebaikan tidak terbatas kepada suatu amalan khusus sahaja. Setiap amalan kebaikan yang diredai Allah SWT dan tidak melanggar syariat menepati ruang lingkup kebaikan.
Kebaikan boleh diterjemahkan kepada berupa fizikal/ nampak dan bukan fizikal/ tidak nampak.
Sebagai contoh wang yang didermakan/wakafkan kepada individu/ masjid/ persatuan dan seumpamnya (berupa fizikal wang).
Mendoakan seseorang muslim kebaikan tanpa pengetahuan orang yang didoakan juga merupakan kebaikan (bukan fizikal/ tidak nampak).
Wallahu a’lam
0 Comments