MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ajar Anak Baca Al-Quran

 


Ajar Anak Baca al-Quran


1. Sekiranya kita mempunyai masa dan kesempatan, ajarlah anak kita membaca al-Quran. Kerana itu adalah aset yang paling berharga buat kita setelah kita meninggal dunia nanti.  Atau paling kurang, ajarkanlah anak kita membaca al-Fatihah, kerana itulah surah yang akan dibaca sepanjang hidupnya. Sabda Rasulullah:


مَنْ عَلَّمَ آيَةً مِنْ كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ كَانَ لَهُ ثَوَابُهَا مَا تُلِيَتْ


“Barangsiapa yang mengajarkan satu ayat dari Kitab Allah Azza wa Jalla (iaitu al-Quran), maka baginya pahala selama ayat itu dibaca.” (al-Silsilah al-Sahihah)


2. Bayangkan andai anak kita masih membaca ayat yang telah kita ajarkan kepada mereka, maka pahala tersebut akan mengalir dan kita nikmati sekalipun kita telah meninggal dunia. 


3. Ini kerana, ilmu yang kita ajarkan kepada mereka masih tetap mengalir ganjarannya setelah kita meninggal. Ini selaras dengan hadis yang disebutkan oleh Baginda Nabi:


إِذَا مَاتَ ابنُ آدم انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


“Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya, kecuali tiga perkara. Iaitu, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (HR Muslim) 


4. Bukan itu sahaja, mengajarkan orang lain membaca al-Quran dianggap sebagai profesion yang paling mulia. Bukan semua kita mampu untuk mengajar orang lain, tetapi setidak-tidaknya, ajarlah anak kecil kita menghafaz surah Qul Huwallahu Ahad. Sabda Rasulullah:


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القرآنَ وَ عَلَّمَهُ


“Orang yang paling baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain). (HR al-Tirmizi)


Semoga Allah membimbing kita.


– Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Gambar: Pinterest


Post a Comment

0 Comments