MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

10 Perkara Penting Yang Wajib Kita Ajarkan Kepada Anak

 


Nampak Remeh Tapi Inilah "Bekalan Hidupnya"


10 perkara penting yang wajib kita ajarkan kepada anak.


1. Ajari anak kita bahwa dirinya adalah Hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan 'mental self image' anak kita.


Anak yang tak merasa bahwa dia adalah hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan sombong.


2. Ajari anak kita bahwa apa yg ada pada dirinya milik Penciptanya.


Kalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya.


3. Ajari anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu.


4. Ajari anak kita bahwa dia akan menempuh 5 checkpoint


Checkpoint 1 - mati

Checkpoint 2 - barzakh

Checkpoint 3 - mahsyar

Checkpoint 4 - mizan

Checkpoint 5 - sirat


5. Ajari anak kita bahwa Al Quran bukan cuma untuk dilagukan semata tapi diamalkan dan tuntunan hidup.


6. Ajari anak kita bahwa rezeki bukan datang daripada ibu bapa tetapi rezeki datang daripada Pencipta.


Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih.


7. Ajari anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya.


Anak yang tahu dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki 'sense of responsibility'.


8. Ajari anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa.


Bekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.


9. Ajari anak kita bawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia.


Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada.


10. Bagitahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya.


Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana tak sedikit anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia.


Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.


Aamiin.. ❤️🤲



Kredit : Dr Taufiq Razif



Post a Comment

0 Comments