TIDAK AKAN RUGI ORANG YANG BERSANGKA BAIK
Selalulah kita bersangka baik kepada Allah سبحانه وتعالى dan kepada hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى kerana orang yang husnuzon dia tidak akan rugi pun dengan sangkaan baiknya. Orang yang husnuzon tak pernah rugi dengan sangkaan baiknya walaupun yang disangkakan itu tidak sebaik yang disangka tapi dia tidak akan rugi.
Ada sebuah kisah di mana terdapat sekumpulan perompak jalanan yang ingin datang merompak dan singgah di suatu perkampungan dan disebabkan mereka tiada tempat menginap maka mereka pun menyamar sebagai orang yang nak pergi menunaikan ibadah Haji.
Lalu mereka pergi ke sebuah rumah untuk meminta izin untuk bermalam dan orang itu pun menerima dan melayannya dengan penuh kehormatan disebabkan tuan rumah itu berasa gembira kerana mendapat tetamu yang akan menjadi tetamu Allah سبحانه وتعالى.
Yang walaupun sebenarnya mereka itu adalah penipu yang merupakan perompak yang menyamar dikatakan ingin menunaikan ibadah Haji. Jadi mereka mendapatkan layanan yang istimewa daripada tuan rumah itu sehingga setelah mereka selesai makan semuanya dan ingin memohon izin keluar dari rumah itu maka tuan rumah itu memohon supaya perompak itu mendoakan anak mereka yang sedang dalam kesakitan.
Jadi perompak ini pun buat-buatlah berdoa walaupun dia sebenarnya tak berdoa pun hanya buat-buat sahaja. Jadi didoakan kepada anak tuan rumah yang sakit itu. Dalam beberapa tempoh setelah itu perompak itu kembali merompak dan disebabkan tak tahu nak menginap di mana maka mereka pun lalu lagi di perkampungan yang sama. Jadi perompak sekali lagi pergi ke rumah orang yang dia menginap dulu itu dan sekali lagi menyamar sebagai orang yang nak menunaikan Ibadah Haji.
Akan tetapi, alangkah terkejutnya mereka kerana kali ini tuan rumah itu melayannya dengan lebih kemuliaan daripada sebelumnya maka perompak ini berasa pelik dan hairan kenapa tuan rumah melayan mereka dengan penuh penghormata. Lalu ditanya oleh mereka kepada tuan rumah tersebut.
Maka tuan rumah itu memberitahu menceritakan kepada perompak tersebut apa yang sebenarnya terjadi kepada mereka yang mana mereka bersyukur kepada Allah dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkatnya doa perompak itu anak mereka kembali pulih seperti sedia kala.
Akhirnya selepas mendengar apa yang diberitahu oleh tuan rumah itu maka menangislah perompak tersebut dan mereka pun kembali kepada Allah, bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى dan mereka tidak lagi menjadi perompak bahkan mereka menjadi Kekasih Allah سبحانه وتعالى.
Kesimpulannya, apa yang boleh kita ambil pengajaran daripada kisah ini adalah kalau kita bersangka baik pada sesuatu perkara walaupun perkara itu tak lah baik sebenarnya. Jadi apa yang kita sangkakan itu akan dapat kembali kepada kita macam yang terjadi kepada tuan rumah itu sebab dia sangkakan yang perompak itu betul-betul mulia sedangkan orang yang dimuliakannya itu sebenarnya adalah seorang perompak tapi disebabkan sangkaan baiknya maka akhirnya sangkaan baik dia itu kembali dapat kepada dia.
Oleh kerana itu hendaklah kita ini selalu membetulkan sangkaan kita ini. Bersangka baiklah kamu kepada Allah سبحانه وتعالى dan hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى.
Tidak akan rugi orang yang husnuzon. Ingat itu!!!
[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]
Gambar: Pinterest
0 Comments