MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faedah-Faedah Berkebun



Berkebun di definasikan sebagai bercucuk tanam di kebun. Berkebun boleh dilakukan di kawasan rumah (halaman hadapan dan belakang) di ruang terhad/kecil seperti menggunakan pasu dan sistem hidroponik serta di kawasan tanah yang luas.

 

Aktiviti berkebun boleh dilakukan di Kawasan rumah, memadai dengan ruang yang terhad/kecil membolehkan aktiviti ini dijadikan aktiviti yang perlu dilakukan ataupun di cuba oleh isi rumah atau individu isi rumah.

 

Antara faedah-faedah berkebun adalah seperti berikut.

 

Menjana Ekonomi Isi Rumah/Keluarga

Melalui berkebun hasil daripada tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan seperti sawi, terung, tomato, lada, jagung, mangga, rambutan dan sebagainya boleh dijual didepan rumah, gerai atau di pasar. Hasil dari jualan tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian atau ditabungkan untuk kegunaan/dibelanjakan bila perlu.

Tidak mustahil juga daripada penanaman secara kecil-kecilan ini dijadikan minat dan seterusnya asas keusahawan dalam perniagaan serta menjadi usahawan yang berjaya kelak.

 

Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

Melalui berkebun dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ibu bapa & anak-anak. Lazimnya hanya hujung minggu dan hari bercuti sahaja dapat meluangkan masa untuk berkebun bersama keluarga. Nilai-nilai murni seperti berkerjasama, bercerita, berkongsi buah fikiran, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya dapat dizahirkan semasa menjalankan aktiviti berkebun

 

Memanfaatkan Masa Lapang  Dengan Baik

Berkebun dapat memanfaatkan masa lapang yang terluang di hujung minggu atau cuti umum/persekolahan. Masa ini dapat diisi dengan perkara yang berfaedah seperti berkebun dan dapat mengelakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat atau terhindar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti lepak tanpa tujuan.

 

Menceriakan dan Menyerikan Mata Memandang

Kehijauan tumbuh -tumbuhan dan pelbagai warna daripada sayur dan buah-buahan dapat menceriakan serta menyerikan mata memandang apabila dipandang terutamanya sayur dan buah-buahan tersebut di tanam di hadapan rumah secara langsung sebagai tumbuhan hiasan dan menyejukkan suhu persekitaran.

 

Dapat Menjaga dan Meningkatkan Kesihatan Diri

Melalui berkebun secara langsung anggota tubuh badan seperti kaki, tangan, badan bergerak melakukan kerperluan seperti mengorek lubang, membersihkan kawasan kebun, menggembur tanih dan sebagainya. Ini menyebabkan anggota badan mengeluarkan peluh, mengawal suhu badan, peredaran darah dan pernafasan berfungsi dengan baik serta teratur.

 

Sumber Makanan Yang Baik

Sayur dan buah-buahan hasil daripada berkebun adalah sumber makanan yang baik segar dan sumber vitamin/mineral yang ada pada sayur dan buah-buahan tersebut dapat dikekalkan sebagai keperluan untuk menyediakan makanan harian buat keluarga.

 

Menggunakan Sumber Buangan Sebagai Baja

Setiap hari sisa makanan dibuang tanpa digunakan sebagai baja, dengan berkebun sisa-sisa makanan ini dapat dijadikan baja kompas untuk sayur dan buah-buahan. Ini dapat mengelakkan pembaziran dan mengoptimumkan sumber yang ada.

 

Dapat disimpulkan bahawa berkebun adalah satu aktiviti yang sihat, berfaedah dan memberikan kepuasan kepada mereka yang melakukan aktiviti ini disamping dapat menampung keperluan/perbelanjaan harian. Jadikanlah amalan berkebun ini sebagai hobi dan aktiviti utama ketika masa lapang bersama keluarga kerana tidak sia-sia berbakti kepada tanah, hasilnya pasti dituai dikemudian hari.

 

 

MyWilayah.com

Post a Comment

1 Comments