3 AMALAN YANG DAPAT MENGAWAL NAFSU
Said Hawa menulis dalam kitab tafsirnya iaitu Kitab Al-Asas fit Tafsir berkata :
"Mujahadah atau melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha bagi melawan hawa nafsu adalah :
1) Bacaan al-Quran
2) Solat
3) Zikir
Nabi Muhammad s.a.w. ketika disoal tentang jalan bagi mencapai syurga menjawab :
" Bantulah dirimu dengan banyak bersujud."
Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca al-Quran. "
(Kitab al-Asas Fit Tafsir , Said Hawa)
Gambar: Pinterest
0 Comments