Kerajaan Negeri Sabah bersetuju supaya Rentas Daerah Dibenarkan bermula 14 Oktober 2021 dengan syarat:
1. Individu telah lengkap divaksin
2. Remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
3. Kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin
Kerajaan Negeri turut bersetuju Membenarkan Rentas Negeri mulai 01 November 2021. Kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan syarat:
1. Individu telah lengkap divaksin
2. Perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga (3) hari sebelum perjanalan
3. Remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
4. Kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin
Sumber: Kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah bertarikh 13 Oktober 2021
0 Comments