MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Maulidur Rasul Antara Kecintaan Dan Bidaah

 


MAULIDUR RASUL ANTARA KECINTAAN DAN BIDAAH


Sesungguhnya perayaan menyambut kelahiran Nabi saw (MAULID) merupakan satu bentuk kecantikan bagi rahmat Allah dari sudut sejarah manusia semuanya. AlQuran mengambarkan kewujudan Nabi saw seba rahmat bagi sekelian alam dan rahmat ini tidak terhad bahkan ia merangkumi pentarbiahan, penyucian jiwa dan petunjuk bagi manusia. Ini kerana sambutan perayaan sempena mengingati kelahiran baginda saw merupakan salah satu amalan yg baik dan semulia2 cara menghampiri diri bahkan kecintaan kpd Nabi Muhammad saw merupakan salah satu pegangan dlm keimanan. Rasulullah saw bersabda yg bermaksud :

Demi diriku ditangan Nya, tidak dikira sempurna iman seseorang itu sehingga dia menjadikan diriku lbh dicintai olehnya berbanding bapa dan anaknya

(HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Firman Allah yg bermaksud :

Katakanlah wahai Muhammad, sekiranya bapa2 kamu, anak2mu, saudara maramu, isteri2mu, keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu khawtirkan kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal yg kamu sukai lbh kamu cintai berbanding Allah dan Rasul Nya serta berjihad dijalan Nya maka tunggulah sehingga Allah memberikan keputusan Nya

(at Taubah ayat 24)


Maka sambutan maulid Nabi saw itu merupakan satu bentuk penghormatan kpd baginda dan meletakkan penghormatan kpdnya merupakan perkara yg telah disyariatkan secara jelas. Allah swt telah memberitahu kita tentang perihal Nabi saw melalui namanya, kebangkitannya, martabatnya dan kedudukkannya.

Para salafussoleh telahpun merayakan maulid Nabi saw ini semenjak berkurun lamanya dgn menghidupkan mlm hari kelahiran tersebut dgn pelbagai bentuk penghampiran diri spt memberi makan, membaca alQuran berzikir dan pujian2 kpd Rasulullah saw. Dan sebilangan besar para ulama dan fuqaha telah menjelaskan dalil2 yg sahih didalam galakkan utk merayakan sambutan maulid ini sehingga tidak lagi wujud penafian dlm masalah ini. Maka hukum asal bagi perhimpunan utk menzahirkan syiar kelahiran Nabi saw merupakan perkara yg digalakkan dan satu bentuk penghampiran diri. Ini kerana kelahiran baginda merupakan nikmat yg terbesar bagi kita bahkan syariat itu sendiri menggalakkan kita utk menzahirkan rasa bersyukur terhadap nikmat itu.

Jadi persoalannya dimana yg dikatakan perayaan menyambut Maulidur Rasul ini adalah perkara BIDAAH bahkan Abu Lahab seorang kafir yg alQuran mencelanya juga menzahirkan kegembiraannya ketika kelahiran baginda maka bagaimana keadaan kita yg mengaku beragama islam tidak mahu menzahirkan kegembiraan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad saw?

Justeru itu tidak syak lagi bahawa hari kelahiran Nabi saw merupakan satu drp hari2 Allah berdasarkan firman Allah yg bermaksud :

.... dan ingatkanlah mereka kpd hari2 Allah

(Ibrahim ayat 5)

Maka mengadakan sambutan sempena hari kelahiran Nabi saw tidak bkn dan tidak lain merupakan satu perintah Allah dan apa yg seumpama itu tidaklah dikatakan BIDAAH bahkan ianya satu ikutan yg baik walaupun ianya tidak diadakan ketika kehidupan baginda saw.


MAKA YG DEMIKIAN ITU MERAYAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ADALAH KERANA KITA MENCINTAI NABI SAW...


WALLAHUAKLAM


SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN MAULIDUR RASUL


RENUNG2KANLAH


@islamitu_indah

Post a Comment

0 Comments