MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Maksud Taubat



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

(Surah At-Tahrim Ayat 8)



إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Yang bermaksud:"....Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.

(Surah Al-Baqarah Ayat 222)



Maksud Taubat 

Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya.


Hukum Taubat

Wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan dosa.


Antara Tujuan Taubat Adalah:-

1. Mengembalikan seseorang itu ke dalam amalan Islam yang sebenar

2. Memohon keampunan atas keterlanjuran yang mungkin berlaku kerana kejahilan, desakan luaran atau dalaman, mahupun sebab-sebab yang lain


Sebab Manusia/Individu Perlu Bertaubat

1. Telah melakukan dosa kecil atau dosa besar.

2. Supaya setiap amalan diterima oleh Allah dengan mudah.

3. Supaya manusia tidak bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah.


Sebab Allah Menerima Taubat Hambanya

1. Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya.

2. Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga d akhirat.

3. Orang yang bertaubat akan berasa benci dengan dosa yang dilakukan.

4. Supaya seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.


Syarat-Syarat Taubat

1. Meninggalkan dosa dengan sukarela

2. Bertaubat dari dosa yang telah dilakukan

3. Pilihan untuk meninggalkan dosa terbit daripada membesarkan Allah SWT

4. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan.

5. Berhenti melakukan maksiat denga segera.

6. Berazam tidak akan mengulangi lagi.

7. Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain.


 Hikmah Taubat

1. Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kejalan Allah.

2. Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat.

3. Mendapat keampunan serta petunjuk Allah.

4. Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah.


Solat Taubat

Solat yang disunatkan apabila telah melakukan dosa dan ingin bertaubat kepada Allah SWT.


Masa Solat Taubat

Boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan solat.


Niat Solat Taubat


أُصّلِّيْ سُنَّةَ ٱلتَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَىٰ

“Usolli Sunnatat Taubati Rok’ataini Lillaahi Ta’aala”.

Maksudnya:

“Sahaja aku solat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Taala”


Bilangan Rakaat Solat Taubat

Boleh dilakukan sebanyak dua, empat dan enam rakaat.


Salah Faham Masyarakat Tentang Masa Taubat

1. Bertaubat hanya jika sudah tua.

2. Mempersendakan taubat dengan mengulangi taubat jika melakukan dosa. yang sama pada masa yang lain.

3. Melaksanakan taubat jika benar-benar sudah bersedia.


Post a Comment

0 Comments