Dos Tambahan
Dos vaksin yang diberikan kepada penerima yang tidak dapat rangsangan imun yang mencukupi (insufficient immune response) selepas menerima vaksin primary series.
Bila diberikan
Sekurang-kurangnya selepas 28 hari selepas dos lengkap
Siapa sasaran
Individu yang mempunyai imuniti yang rendah seperti pesakit kanser, penerima organ, pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis di mana pemberian dos lengkap tidak cukup memberi perlindungan kepada mereka.
Kaedah pemberian
Diberikan di fasiliti kesihatan terpilih di bawah pemantauan pakar perbuatan.
Dos Penggalak
Diberikan kepada penerima vaksin primary series yang telah mendapat rangsangan imun yang mencukupi tetapi telah lemah selepas 6 bulan menerima vaksin (waning of immunity).
Bila diberikan
Sekurang-kurangnya 6 bulan selepas dos lengkap.
Siapa sasaran?
1. Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas
2. Anggota barisan hadapan seperti petugas kesihatan dan ATM.
Kaedah pemberian
Janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau pesanan ringkas atau panggilan telefon daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Sumber: @kementeriankesihatanmalaysia
0 Comments