MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Memohon Syafaat Rasulullah



Ingin mendapat syafaat Rasulullah SAW? Bacalah doa selepas azan.


Antara kelebihan membaca doa selepas azan adalah jaminan mendapatkan syafaat atau pertolongan dari Nabi Muhammad SAW kelak di hari kiamat nanti.


Amalan doa selepas azan tsabit dengan hadith Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:


مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa "Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan," luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat. (Sahih Bukhari: 614)


Semoga kita tergolong dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti, Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Kredit: JAWI

Post a Comment

0 Comments