Aktiviti pelancongan merentas negeri dibenarkan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
• Tetamu yang telah lengkap divaksinasi dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dengan mengemukakan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ketika mendaftar masuk.
• Pengusaha hotel dan homestay perlu memastikan individu yang ingin memasuki premis MESTI menunjukkan Kad/ Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 yang membuktikan individu tersebut telah divaksin lengkap.
• Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak 18 tahun ke bawah untuk aktiviti pelancongan di hotel dan homestay dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
• Kunjungan secara janji temu bagi pengunjung yang telah lengkap divaksin ke premis dan fasiliti awam kebudayaan seperti muzium, galeri, arkib, pusat kraftangan, memorial, perpustakaan dan kompleks kebudayaan, pusat/ Kampung Seni Warisan Budaya pentas persembahan budaya dibenarkan dengan kapasiti 50% di ruang premis.
• Pusat/ premis/ produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba pelancongan memancing dan taman rimba dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50% ruang premis dengan syarat semua pengusaha/ operator dan pelawat/ pengunjung lengkap divaksin.
• Taman tema dan pusat hiburan keluarga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pengunjung 50% ruang premis dengan syarat pengusaha/ operator, pekerja dan pelanggan telah lengkap divaksin.
Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOP Fasa 3 Tarikh Kemas Kini 18 Oktober 2021.
0 Comments