MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

SOP Aktiviti Sukan/ Rekreasi Fasa 3 PPN



KEMUDAHAN KEPADA PENERIMA VAKSINASI LENGKAP


• Semua aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal yang dilakukan secara individu atau berkumpulan di kawasan TERBUKA (OUTDOOR) atau TERTUTUP (INDOOR) adalah TERHAD bagi individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI sahaja bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.



• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial TERBUKA (OUTDOOR) dengan pematuhan kepada SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 80% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi. Penggunaan adalah dalam kalangan individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI bagi aktiviti bersentuhan fizikal. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.



• Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial TERTUTUP (INDOOR) dengan pematuhan kepada 50% kapasiti penggunaan/ kawasan DENGAN kawalan penyeliaan. Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 80% tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi. Penggunaan adalah dalam kalangan individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI bagi aktiviti bersentuhan fizikal. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.



Sumber: Pelan Pemulihan Negara (PPN) - SOP Fasa 3 Tarikh Kemas Kini: 9 September 2021

Post a Comment

0 Comments